hhghj

hhghj

Facebook Badge

Iktibar dari sejarah Turki - Kisah Mustafa Kemal Ataturk - jasad tidak diterima bumi
















Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.

Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?”. Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah Tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui

9 TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN

100 hari, seluruh badan rasa bergegar. 60 hari, pusat rasa bergerak-gerak. 40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan kelihatan orang yang akan meninggal seperti sedang rungsing. 7 hari, mengidam makan. 5hari, anak lidah bergerak-gerak. 3hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak. 2hari, seluruh dahi bergerak-gerak. 1hari, terasa bahagian ubun-ubun bergerak-gerak pada waktu subuh dan asar. Saat terakhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan)

HUKUM SOLAT BERSOLEK, TELEKUNG BERWARNA



Apakah hukumnya bersolat dalam keadaan bersolek? Bagaimana pula solat dengan mengenakan telekung pelbagai warna dan berkerawang yang boleh mengganggu tumpuan orang lain.

JAWAPAN

Alat solek yang dibuat daripada bahan halal adalah harus digunakan manakala alat-alat solek yang dibuat daripada bahan-bahan tidak halal atau tidak suci maka hukumnya adalah najis dan tidak boleh dibawa di dalam solat.

Memakai alat solek dalam solat setakat yang dibenarkan oleh syarak adalah harus. Pemakai alat solekan hendaklah membasuh muka terlebih dahulu kerana ditakuti alat-alat solek itu tadi akan menghalang air daripada terkena kulit muka atau pewarna rambut yang menghalang air sampai kepada rambut ataupun pengilat kuku yang menghalang air sampai ke kuku.

Apa saja yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk akan mengakibatkan wuduk tidak sah. Apabila wuduk tidak sah maka solat pun tidak sah. Kepada wanita ataupun mungkin lelaki yang ingin menggunakan alat solek hendaklah memastikan bahawa alat solek yang digunakan dibuat daripada bahan-bahan  suci atau tidak najis.

Ini kerana produk-produk kecantikan pada hari ini ada yang menggunakan bahan-bahan najis dalam penghasilannya. Jadi bahan-bahan itu tidak boleh dibawa ke dalam solat. Misalnya ia diperbuat daripada bahan-bahan haiwan ataupun apa saja yang tidak halal.

Wanita yang hendak menggunakan alat solek hendaklah membersihkan terlebih dahulu muka mereka daripada alat solek. Jika solekan penuh di muka, dikhuatiri air wuduk tidak sampai ke muka.

Sebahagian wanita suka kepada solekan melampau. Ini terlalu menarik perhatian orang lelaki dan solekan yang melampau ini adalah diharamkan dalam Islam.

Pastikan bahan halal dan suci

Kalau hendak bersolat maka sebenarnya tidak perlu bersolek, yang diperlukan adalah wuduk yang sempurna, pakaian yang sesuai dan sah dari segi syarak dan hati yang khusyuk bukannya solekan.

Sepatutnya sebelum menggunakan sesuatu produk itu kita hendaklah teliti terlebih dahulu bahan-bahannya, adakah ia diperbuat daripada bahan-bahan halal atau sebaliknya.

Perkara ini perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ia adalah penting sama ada kita boleh menggunakannya atau tidak. Kalau ia diperbuat daripada bahan-bahan suci dan halal tidak mengapa tetapi jika bahan-bahan najis yang haram apalagi bahan-bahan kimia yang boleh membawa kemudaratan maka ia adalah najis dan ia tidak boleh dibawa ke dalam solat.

Menggunakan bahan-bahan yang boleh membawa kemudaratan adalah diharamkan kerana Islam melarang umatnya mencampakkan mereka ke dalam lembah kemudaratan.

Mengenai soalan telekung pula, sebenarnya tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan telekung berwarna-warni dan penuh kerawang. Di antara syarat sah solat adalah menutup aurat dan Islam tidak pula menetapkan warna tertentu dalam penggunaan pakaian solat dan Islam juga tidak menetapkan jenis atau bentuk pakaian tertentu untuk digunakan dalam solat.

Haram jika mahu menunjuk-nunjuk

Penggunaan telekung adalah sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh lelaki dalam solat.

Pada asalnya telekung adalah berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni.

Hukum asalnya adalah harus menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang perlu ditegur di sini.

Apakah tujuan si pemakai telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.

Kalau pemakainya ikhlas dan tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai.

Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.

Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu.

NASIHAT IMAM HASAN AL-BASRI



Kata Imam Hasan Al-Basri
“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan”

Sabda Nabi Sollallahu alaihi Wassalam:
“Perumpamaan orang yang melaksanakan ketetapan-ketetapan Allah dengan mereka yang berada di dalamnya adalah seperti satu kaum yang berkongsi sebuah kapal. Sebahagiannya duduk di bahagian atas dan sebahagian yang lain berada di bahagian bawah. Mereka yang duduk di bahagian bawah apabila hendak mengambil air akan melalui mereka yang di bahagian atas kapal. Mereka pun berkata: Apa kata jika kita tebuk sahaja bahagian kita (bawah) untuk mengambil air maka kita tidak akan mengganggu mereka yang berada di bahagian atas. Jika mereka dibiarkan menurut kehendak mereka maka semuanya akan binasa. Sebaliknya jika ditegur dan dibimbing, maka mereka dan kesemua penumpang akan selamat”.(Riwayat al-Bukhari)

Kenali Hadis Palsu Menerusi Matan

Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan tentang kepalsuannya adalah merupakan satu dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan nama Allah dan RasulNYA. Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian. Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh’ maka Tuhan ataupun RasulNya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.
Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
Bukan sahaja mengadakan hadis palsu itu dosa besar, menyebarkannya juga berkongsi dosa besar yang sama. Dalam era teknologi ini, begitu mudah sesuatu hadis palsu itu tersebar. Menerusi sms, email, facebook, twitter dan pelbagai lagi, ramai yang terlibat dengan kegiatan dosa menyebarkan hadis palsu ini. Maka berhati-hatilah. Beberapa klik tanpa penelitian boleh membawa anda menjadi pendusta yang menggunakan nama Allah dan RasulNYa.
Mengkritik Matan
Pembaca internet juga terdedah kepada pelbagai sumber hadis palsu. Saya mengajar di USM kursus Analisa Kritis Matan Hadis untuk para pelajar ijazah tinggi. Saya rasa orang awam juga wajar dibekalkan sedikit sebanyak pengetahuan tentang analisa matan hadis.
Secara umumnya, hadis palsu dapat diketahui melalui dua cara; pertama: kajian terhadapsanad (rangkaian perawi). Kedua; kajian terhadap matan atau kritik teks (textual criticism). Untuk mengkaji para perawi adalah sesuatu yang bukan mudah melainkan mereka yang terbabit langsung dalam bidang hadis. Apakah ada cara untuk seseorang biasa mengagak sesuatu hadis itu mungkin palsu hanya dengan membaca matan (teks) sahaja? Maka di sini datang peranan naqd al-matn (kritik teks) atau kajian teks tadi.
Pengetahuan ini amat penting kepada para pengguna internet hari ini, kerana ia sekurang-kurang dapat menjadikan mereka berhati-hati apabila melihat ataupun mendengar teks hadis yang pelbagai. Jika pun mereka tidak dapat memutuskan kedudukan hadis-hadis tersebut, sekurang-kurangnya mereka akan menangguhkan dulu sebelum mempercayainya sehingga ternyata kedudukannya.
Ibn Qayyim
Ilmuan hadis yang terbilang iaitu Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) pernah ditanya apakah mungkin untuk mengetahui hadis palsu tanpa melihat kepada sanadnya? Untuk menjawab persoalan yang besar itu, beliau telah menghasilkan buku yang amat penting dalam sejarah ilmu mengkritik teks hadis iaitu karya beliau Al-Manar Al-Munif fi al-Sahih wa al-Da’if. Sesiapa yang berkemampuan membaca teks arab, saya mencadangkan mereka membaca buku ini bersama komentar yang dibuat oleh al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah. Bagaimana pun, bagi yang tidak menguasai, saya ingin memetik beberapa noktah menarik yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam buku tersebut bersama sedikit ulasan.
Antara yang disebut oleh Ibn Qayyim; hadis palsu itu antara cirinya mengandungi unsurmujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah. Contoh yang dibawa oleh Ibn Qayyim iaitu hadis palsu: “Sesiapa yang mengucap Lailaha illaAllah; Allah ciptakan kalimah itu menjadi seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah ada 70,000 bahasa yang beristighfar kepadanya”.(m/s 51. Halab, Syria: Maktabah al-Matbu‘at al-Islamiyyah)
Lojik
Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah bercanggah dengan fakta yang nyata. Banyak contoh yang disebut oleh beliau; antaranya hadis palsu: “Terung itu ubat bagi segala penyakit”. Contoh lain: “Hendak kamu memakan kacang dal kerana ia berkat dan melunakkan jantung hati. Membanyak airmata dan ia disucikan oleh 70 nabi”. (m/s 52)
Antara lain beliau menyebut ciri hadis palsu itu ia kelihatan selekeh dan boleh dipersendakan. Banyak contohnya, antara yang disebut; hadis palsu “Jika beras itu lelaki nescaya dia seorang yang penyantun”. Contoh lain; “Hendaklah kamu memakan garam kerana ia ubat bagi 70 penyakit”. Contoh lain: “Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga”. (m/s 55)
Contoh lain: “Sesiapa yang membela ayam jantan putih, maka dia tidak akan dihampiri oleh syaitan dan sihir”. Kemudian Ibn Qayyim membuat kesimpulan tentang hadis ayam jantan: “Kesemua hadis ayam jantan adalah dusta kecuali satu hadis iaitu “Sesiapa yang mendengar kokokan ayam jantan hendaklah dia memohon kurniaan dari Allah kerana ia melihat malaikat” (riwayat Bukhari dan Muslim). (m/s 56)
Gambar Hiasan
Dalam masyarakat melayu, terdapat juga mereka yang mempercayai kelebihan ayam jantan putih. Kepercayaan itu mungkin berasal dari hadis-hadis palsu yang seumpama ini.
Canggah Sumber Sahih
Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila sesuatu hadis itu bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata. Ini seperti hadis-hadis palsu yang memuji orang yang bernama Muhammad ataupun Ahmad bahawa sesiapa bernama seperti itu tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip ajaran Nabi s.a.w yang menegas bahawa neraka itu bukan dapat dielakkan dengan nama dan gelaran sebaliknya dengan iman dan amalan soleh. (m/s 57)
Antara ciri palsu lain ialah hadis yang menyebut Nabi Khidir masih hidup. Kesemua hadis yang membawa maksud tersebut adalah palsu dan dusta. Kemudian al-Imam Ibn Qayyim mengemukan banyak hujah dari al-Quran dan al-Sunnah yang membuktikan bahawa cerita Khidir masa hidup sehingga kini adalah dusta dan palsu. (m/s 67-76)
Pelik
Contoh hadis palsu lain: “Pelangi di langit itu adalah tengkok ular yang berada di bawah Arsy”. Juga hadis palsu: “Jangan mandi air yang terdedah kepada matahari kerana ia menyebabkan sopak” (m/s 60)
Antara ciri hadis palsu ialah apabila terdapat dalamnya penetapan tarikh tertentu seperti pada tahun sekian dan sekian, pada bulan sekian dan sekian akan berlaku peristiwa itu dan ini. Ini ciri kepalsuan sesuatu hadis. Ini seperti hadis bahawa akan berlaku gerhana dalam Bulan Muharram kemudian berlaku peristiwa itu dan ini. (m/s 64).
Banyak hadis yang seperti ini tersebar dalam internet lalu dipercayai oleh mereka yang dangkal akal dan pengetahuan.
Antara ciri yang lain hadis yang seakan ucapan ahli perubatan, bukan ungkapan seorang nabi. Ini seperti hadis palsu: “Memakan ikan melemahkan jasad”. Contoh lain: “Ada seseorang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tiada anak. Nabi menyuruhnya memakan telur dan bawang”. Contoh lain: “Berikan isteri-isteri kamu memakan tamar semasa nifas”. (m/s 65). Banyak hadis yang seperti ini kadang-kala dibaca oleh mereka yang bergelar ‘ustaz dan ustazah’ yang tidak meneliti ilmu hadis ini. Para peniaga suka hadis- hadis seperti itu untuk melariskan peniagaan mereka.
Banyak lagi ciri-ciri yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karya itu. Begitu banyak hadis-hadis palsu yang beliau sertakan sebagai contoh untuk pembaca. Tulisan saya ini sekadar memberikan kesedaran awal untuk mereka yang kurang memberikan perhatian dalam hal ini. Anda boleh rujuk juga beberapa artikel saya tentang hadis palsu sebelum ini. InshaAllah, selepas ini akan saya ikuti dengan beberapa coretan yang lain untuk membantu memahami isu hadis palsu ini.

IMAM HANAFI SANGAT HORMAT GURUNYA SEKALIPUN BANGSA YAHUDI...



















"Tuan guru, bukankah lelaki itu bangsa Yahudi?
mengapa tuan begitu hormat kepadanya hingga 
berdiri bila menyambut kedatangan?,"tanya salah 
seorang anak muridnya. 

"Dia guru saya kerana itu saya menghormatinya,
"jawab Imam Hanafi. 

"Apakah tuan pernah berguru dengan lelaki Yahudi 
itu,"tanya seorang lagi dengan rasa hairan. 

Menurut Imam hanafi suatu hari dia hendak mengetahui 
bilakah masa seekor anjing itu cukup umurnya? . 
lelaki Yahudi banyak memelihara anjing. Lalu beliau 
bertanyakan perkara itu. 

"Lelaki itu memberitahu saya, seekor anjing itu cukup 
umurnya apabila sudah kencing berdiri. Sesiapa sahaja 
yang mengajar saya walau satu ilmu , dia adalah guru saya,
"kata Imam Abu Hanifah.

Menurut Imam Abu Hanifah lagi , beliau berguru seramai 
kira-kira 4,000 orang, 200 diantaranya adalah ulama dan 
7 orang sahabat rasullulah . Antara mereka adalah Anas 
bin malik, Abdullah bin Abbas,Abdullah A'raj, Amru bin 
Dinar,Thalhah bin Nafi', Nafi' Maula Ibnu Umar,Qotanah 
bin Di'amah,Qois bin Muslim, Abdullah bin Dinar,Hamad 
bin Abi Sulaiman,Abu Ja'far al-Baqir,Ibnu Sihab az-Auhri, 
Muhammad bin Munkandar, dan masih ramai lagi ulama 
terbilang yang pernah menjadi gurunya. 

"Diantara guru-guru itu siapakah yang paling tuan sayang?
tanya seorang pelajarnya. 

"Semua guru saya sayang dan hormat. Tetapi yang paling 
saya kagum adalah guru yang menjadi sahabat nabi 
Muhammad saw seperti Abdullah bin Abbas,Abdullah bin 
Mas'ud dan ain-lain lagi.Mereka mendapat didikan langsung 
daripada Rasullulah saw,"jawab Imam Abu Hanifah. 

"Bagaimana pula dengan Imam Hammad?,"tanya yang lain 
pula. 

"Beliau guru saya yang paling rapat,"jawab Imam Abu Hanifah. 

Kemudian katanya lagi,"Saya pernah dijemput datang ke 
Kota Basrah bagi satu majilis ilmu . Guru saya Imam Hammad 
sangup menemani saya. Sebelum sampai ke sana saya yakin 
dapat menjawab apa sahaja soalan yang dikemukan orang 
ramai. Tetapi saya silap.Apabila ditanya suatu masalah 
mengenai ilmu fikah saya tidak dapat menjawabnya. Mujur 
guru saya , Imam Hammad yang mahir dalam ilmu fikah ada 
bersama. Melalui dia saya dapat menjawab soalan itu. Semenjak 
itu saya tidak mahu berpisah dengan Imam Hammad selama 10 
tahun bagi mempelajari ilmu fikah."

"Tuan guru , berilah kami nasihat,"kata Ibnu Hajar pula. 

"Ilmu Allah itu amat luas. Sekiranya air laut dijadikan dakwat dan 
daun-daun kayu dijadikan kertasnya pasti tidak cukup bagi 
menulisnya. Kerana itu kita perlu terus menuntut ilmu sejak dari 
buaian hingga ke liang lahad,"kata Imam Abu Hanifah.

Kemudian dia memberi nasihat kepada anak-anak muridnya 
supaya menuntut ilmu sebanyak-banyaknya dan jangan berpuas 
hati cuma dengan sedikit guru. 

Selesai mengajar , Imam Abu Hanifah pergi ke kedainya. 
Dilihatnya lelaki Yahudi itu masih berada disitu menunggu 
kedatangannya. Dengan wajah gembira,dia menunjukkan 
baju yang hendak dibelinya. 

"Saya berkenan dengan baju ini dan mahu memakainya. 
Tetapi saya tidak cukup duit bagi membelinya,"kata lelaki 
Yahudi itu. 

Imam Abu Hanifah mengambil baju itu lalu menyerahkannya 
kepada lelaki yahudi itu sambil berkata,"Saya hadiahkan 
baju ini kepada tuan yang pernah mengajar saya satu ilmu."

"Saya sendiri sudah lupa apakah ilmu yang pernah saya 
ajarkan kepada kamu?,"kata lelaki yahudi itu pula. 

"Mengenai bilakah cukup umur bagi seekor anjing . 
Tuan mengatakan apabila anak anjing itu pandai 
kencing berdiri. Bagi saya itu satu ilmu dan tuan 
adalah guru saya walaupun mengajar satu ilmu,"
jawab Imam Abu Hanifah. 

"Sekiranya begitu, giliran saya pula berguru dengan 
kamu. Mulai esok bolehkah saya menyertai orang 
ramai bagi mendengar ajaran kamu,"tanya lelaki Yahudi itu pula. 

"Boleh....,"jawab Imam Abu Hanifah. 

"Cuma saya bimbang dimarahi orang ramai kerana 
belum islam,"kata lelaki Yahudi itu. 

"Saya akan memaklumkan kepada orang ramai 
mengenai kehadiran kamu. Usah bimbang kerana
 tiada siapa yang akan menggangu,"kata Imam Abu 
Hanifah pula. 

Lelaki Yahudi itu gembira dan berjanji akan datang 
mendengar majlis ilmu yang disampaikan Imam Abu 
Hanifah. Imam Abu Hanifah juga gembira sambil berdoa
 kepada Allah semoga lelaki Yahudi itu mendapat hidayah . 

Petikan : 
Buku "Imam-Imam yang Benar"
Halaman 104-105 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG MAKLUMAT PELANGGAN

Name

Email *

Message *